Friday, 2 January 2015

"Layakkah aku?" (Part 8)


“Sekarang ni, semakin menjadi-jadi. Tak kiralah yang berserban besar, yang berpurdah dan bertudung labuh, ikhtilatnya ke laut. Cakap nak jadi soleh solehah, tetapi adakah sekadar hanya pada pakaian? Lihatlah. Nabi Muhammad SAW dulu menarik orang bukan Islam masuk Islam dengan akhlak.” kata Ustaz Ariff dengan tegas. Wardah yang ketika itu duduk bersebelahan dengan Haura terasa ayat-ayat Ustaz Ariff itu menusuk ke hati. Tepat!

“Bukan saya nak halang kamu semua berpakaian sunnah, tetapi jadikan pakaian dan akhlak itu seiringan. Faham molek deh?” terang Ustaz Ariff lagi. “Dah masuk waktu Isyak sekarang, saya rasa sampai sini dululah kuliah kita berkenaan ikhtilat untuk minggu ni. Minggu depan, kita buka topik lain pula. Kita sudahi majlis kita dengan tasbih kifarah dan suratul Asr.”

Air mata Wardah bertakung. Diakah? Ya. Dialah muslimah berniqab yang ikhtilatnya kelaut. Dia memang pendosa. Dia manusia biasa. Betul, seiringkan akhlak dengan pakaian, tetapi dia? Perlukah aku menanggalkan secebis kain di mukaku yang selama ini menghalang mata ajnabi daripada melihat wajahku?
“Weh Wardah, cepatlah masuk saf. Dah nak solat ni.” tegur Haura, pelik dengan sikap Wardah yang tiba-tiba berubah.

“Allahuakbar.” Imam melaungkan takbir memulakan solat Isyak.
....

***

Selesai solat, ketika berjalan pulang ke bilik, Haura pelik melihatkan Wardah yang tidak banyak bercakap. Selalunya, Wardahlah yang paling ceria dan paling bising. Tapi kenapa sekarang....

“Weh Wardah, kau okay ke?”
Diam. Wardah seperti sedang berfikir.
“Weh, aku tanya ni. Kau okay ke tak?” tanya Haura kembali.
“Kau rasa, patut tak aku tanggal niqab?”
Terkejut Haura dengan soalan Wardah. Daripada bejalan, Haura berhenti. Memandang wajah Wardah dengan muka yang tidak percaya.
“Apa kau cakap? Tanggal? Kau ni dah kenapa?” tanya Haura dengan suara yang sedikit tinggi. Tidak percaya.
“Tadi Ustaz Ariff cakap pasal ikhtilat. Aku ni niqabis, tapi ikhtilat hancur, tu yang aku rasa nak tanggal...” balas Wardah dengan suara yang perlahan.
“Okay aku tanya kau, dengan lelaki mana ja yang ikhtilat kau terbabas? Selama aku kawan dengan kau, aku perhati kau ni mana ada kawan mana-mana lelaki. Text, whatsapp, wechat lelaki semua, mana ada kecuali keperluan. Bagi tahu aku dekat mananya ikhtilat kau hancur?”

“Hm... dengan Riz.”
Haura diam. Berfikir.
“Aku rasa kau kena nikah dengan dia.” jawab Haura dengan nada yang serius.
Wardah memalingkan mukanya memandang Haura dengan muka yang tidak percaya.
“What? Boleh ulang?”

“Aku cakap, kau kena nikah dengan dia.” ulang Haura.
“Haritu ayah dia, sekarang kau pulak. Dah kenapa? Weh lama macam mana sekalipun, aku tetap aku tunggu Haikal balik daripada Mesir. Aku dah janji dengan dia. Dia pun dah janji lepas dia balik, kami terus nikah. Kau fikir aku akan mungkir janji hanya disebabkan buaya tu?” jawab Wardah panjang lebar.

“Okay. Lupakan. Berbalik kepada masalah kau tadi.” kata Haura, memulakan langkah semula. “Aku rasa, buat masa ni, kau tak perlulah jumpa Riz dah. Aku memang tak setuju kalau kau nak buang niqab kau. Weh, niqab tu kena pakai berterusan, kalau tak nanti dikira memainkan. Jangan buang niqab, sebaliknya baik akhlak. Itu lebih baik dan better kan?”

“Weh Haura..” panggil Wardah.

“Apa?”

“Lebih baik dengan better tu bukan makna sama ka?”

Terasa dirinya akan dipukul, Wardah berlari meninggalkan Haura. “Woi, kau nak lari mana? Mari sini kau. Mentang-mentang aku ni tak pandai speaking speakang macam kau, perli aku ye?” kata Haura, lalu mengejar Wardah selepas menanggalkan kedua-dua belah kasutnya. Bahagia.

***

Keesokan harinya, Haura mengecheck group Whatsapp kolejnya. Ada satu berita terbaru yang berjaya menarik minatnya untuk melihat dengan lebih lanjut. Selepas habis membaca, dia memanggil Wardah.

“Weh Wardah. Wardah! Mari sini kejap.” laungnya.
Wardah yang ketika itu baru selesai mengulang kaji pelajararn, terkocoh-kocoh datang kepada Haura.

“Ha perempuan, ada apa kalut-kalut panggil aku ni?” tanya Wardah setelah melabuhkan punggungnya diatas katil Haura.
“Kau ada check Whatsapp tak pagi ni?”

“Belum lagi. Kenapa ya? Macam ada perkara yang serius ja?”
“Kau check la sekarang. Group kolej.” arah Haura.

Wardah bangun, mengambil telefonnya. Sambil berjalan menuju ke katil Haura semula, dia mengecheck apa yang disuruh Haura tadi. Tiba-tiba langkahnya terhenti. Tangan kirinya menutup mulut. Air matanya bertakung.
“What? Danish Rizqi Benjamin in ICU now?!” kata Wardah. Terkejutnya bukan kepalang. Dia melihat Haura. Haura ketika itu hanya mengangguk lemah.
“Tapi kenapa? Tiba-tiba ja? Takda angin takda ribut, in ICU?” soal Wardah dengan air mata yang mengalir.

Haura yang ketika itu pelik melihatkan Wardah yang terlalu sedih, bertanya.
“Err, kenapa kau menangis? Macam sedih sangat je? Bukan kau benci dia?”
Wardah terkena. Dia berkata dalam hati, “Kenapa aku menangis? Biar je la dekat dia, bukan ada kena mengena dengan aku pun.”

Setelah itu, Wardah mengelap air mata. Dia kembali ke meja belajarnya, menyambung semula. Haura yang faham tentang keadaan sahabatnya itu, mendekati Wardah yang ketika itu sedang duduk sambil memegang pen seolah-olah sedang mengulang kaji. Haura mengusap lembut bahu Wardah.
“Aku tanya ja, maaflah kalau kau terasa.” kata Haura dengan tenang.
Wardah diam. Menulis nota yang dia sendiri tak tahu apa yang sedang dia tulis. Akhirnya, dia tertulis nama Riz. Haura yang perasan tentang hal itu cepat-cepat berkata.

“Eh? Takkan tak habis lagi fikir pasal Riz kot sampai buat nota ada nama dia?” Haura tergelak kecil.

Merah padam muka Wardah. Malu. “Macam mana aku boleh tertulis nama buaya mat saleh tu? Buat malu betul!” katanya dalam hati. Dia meronyok kertas tersebut, lalu dibuang ke dalam tong sampah.

Melihatkan gelagat sahabatnya itu, Haura tahu yang Wardah risau.
“Nak pergi melawat dia tak?”

Wardah diam. Melihatkan soalannya tidak dijawab, Haura bertanya lagi.
“Weh, aku tanya, nak pergi melawat dia ke tidak?”
“Mana boleh pergi. Aku nak jaga ikhtilat....”

“Wtfacebook? Ikhtilat? Weh, ni kawan tengah sakit la. Bukannya kau pergi sana kau pergi CPR dia baru dia bangun. Aku tanya pergi melawat. Melawat. Kau faham tak?” Haura menekan satu-satu suku kata “melawat” kepada Wardah. Wardah kembali diam.
“Tapi aku nak jaga ikhtilat.....” kata Wardah perlahan.
“Kau pergi jumpa Ustaz Ariff, kau pergi tanya dia pasal ikhtilat. Kau ni dah salah faham. Dah la, kau sambung la kerja kau. Nanti kalau kau rasa nak pergi tengok dia, bagitahu. Jangan lambat, takut tak sempat.” kata Haura lantas berlalu pergi meninggalkan Wardah yang sedang dalam kebingungan.

Wardah bermain-main dengan pen di tangannya. “Patutkah aku melawat dia? Nak ke dia tengok muka aku? Kang aku pergi, dia mati macam mana? Aku jadi pembunuh ke? Hmm.”

Pelbagai soalan berlegar-legar didalam fikiran Wardah. Dia mengambil laptop. Membuka youtube dan mencari ceramah Ustaz Azhar Idrus berkenaan ikhtilat.
“Yes! Ada.”

Dia menekan video tersebut. Satu jam setengah lamanya video tersebut, Wardah tengok dengan penuh sabar. Semalam, bukan dia tidak faham dengan apa yang disampaikan oleh Ustaz Ariff, tapi dia ragu-ragu. Setelah melihat keseluruhan video UAI ni, dia dah yakin. Dia tahu apa yang patut dia buat.

“Haura, jom teman aku pergi hospital!”
Haura yang ketika itu sedang bersiap-siap untuk ke kelas, pelik dengan ajakan sahabatnya itu. Tadi kemain taknak pergi?
“Buat apa nak pergi hospital? Kau nak beranak eh?” tanya Haura.
“Tadi kau yang cakap kalau nak pergi tengok Riz, bagitahu kau.....” kata Wardah dengan suara yang mendatar.
“Hahaha aku ada kelas ni. Cemane?”
“Kelas kau sampai pukul?”
“Pukul 2 je.”
“Hm kalau macamtu, aku pergi dulu. Nanti kau datang eh? Nanti halo halo tau?” kata Wardah sambil membuat isyarat bercakap dengan telefon dengan tangannya.
“Haha. Baiklah. Kau tahu ke dia wad berapa?”
“Nanti sampai hospital, aku tanyalah pihak hospital. Buat apa ada kaunter pertanyaan kalau tak tanya.”
“Kalau macamtu, okay je. Kau hati-hati. So pergi naik teksi?”
“Taklah. Naik kapal selam.”
“Hahahahhahahambar weh. Dah la. Aku nak ke kelas dulu. Jumpa dekat hospital kejap lagi.” Kata Haura, mencapai beg sandangnya lalu beredar keluar daripada bilik mereka.

Wardah bersiap-siap. Wangian kasturi putih dicalitkan sedikit pada jubahnya. Dia melihat cermin. “Perfect!”
Setelah itu, dia pun beredar meninggalkan biliknya untuk menuju ke hospital dimana Riz ditempatkan. Tiba-tiba dia tertanya, “Kenapa aku beria sangat nak melawat Riz ni? Hm. Bak kata Haura, kawan kawan kan? Okay.” Dia berdialog dengan hatinya.

***

Setibanya di hospital, dia berjalan laju menuju ke lobby. Dia pergi ke kaunter pertanyaan dan terus bertanya.

“Salam kak, wad Danish Rizqi Benjamin nombor berapa ya?”
“Kejap ye dik.”
“Baik kak.”Wardah membalasnya dengan senyuman.
“Nombor 13A, tingkat 2 dik.” kata jururawat itu dengan senyuman juga.
Wardah menekan butang lif ke atas. Beberapa saat kemudian, lif terbuka.Dia masuk. Sebenarnya, dia tidak selesa. Dalam lif itu, hampir 7 orang lelaki dan yang perempuan, cuma dia dan seorang jururawat yang membawa kerusi roda. Kalau jururawat itu tiada, tidak mahunya dia naik sekali dengan lelaki-lelaki itu.
“Ting!”
Sampai tingkat dua, Wardah bergegas menuju ke bilik yang bernombor 13A. Ketika itu, dia dapat melihat yang ayah Riz sedang menunggu betul-betul di hadapan pintu tersebut.
“Assalamu’alaikum pakcik. Riz ada di dalam?” tegur Wardah, sopan.
En. Zain menjawab salam Wardah dengan anggukkan dan senyuman yang agak palsu. Dia terkejut apabila menerima berita yang anaknya ditikam sekumpulan gangster. Sangat-sangat terkejut.
“Pakcik, boleh saya jumpa Riz?”
Tiba-tiba, pintu bilik Riz dibuka. Puan Adila keluar dengan wajah yang suram. Selepas melihat Wardah, air mukanya tiba-tiba berubah.
“Kau ni, bukan perempuan yang tergedik-gedik dengan anak aku tu ke? Entah-entah sebab kau la dia macam ni kan? Jawablah!” kata Puan Adila dengan suara yang ditinggikan. Dia dikawal emosi. Mana mungkin dia dapat terima anaknya sekarang sedang koma.
Wardah yang terkejut dan rasa dihina oleh Puan Adila, terus beredar daripada situ. Dia berjalan dengan laju sambil menggesat air mata yang tumpah. Niatnya baik, nak lawat kawannya. Tetapi, kenapa ini yang dia dapat?

“Buk.”

Dia terlanggar seorang pesakit yang sedang berjalan menggunakan tongkat. Terjatuh orang itu dibuatnya. Wardah tidak henti-henti meminta maaf kepada lelaki tersebut. Lelaki yang dalam lingkungan 30-an itu hanya tersenyum. Dia tahu yang perempuan itu tidak sengaja.

"Maaf bang, saya nak cepat tadi. Maaf maaf." kata Wardah setelah memberikan semula tongkat lelaki tadi kepadanya. DIa tersenyum memandang lelaki tersebut. Setelah lama mengamati wajah lelaki tersebut, dia perasan. Dia kenal lelaki itu.

"Ehh, cikgu Suhaimi?"

....




                                                       *Diambil dariP.C*

petikan daripada Novel "Layakkah Aku?"


*dipetik daripada novel "Layakkah aku? part ke berapa belas entah."

Riz menghempaskan pintu bilik kolejnya. Marah betul dia dengan Khai. Tak dia sangka, sahabat sebiliknya sanggup menikam belakangnya. Dia masih teringat lagi kata-kata Khai;

"Kalau kau sendiri tak boleh jaga dia, aku ada. Kau tahu tak? Kau dengan kau punya ego boleh pergi mampos."

Tak dia sangka. Sahabatnya dari kecil sanggup berkata begitu dengannya. Dia buntu. Dia serabut. Sekarang, dia dah taktahu nak percayakan siapa. Sekarang ni, dia cuma ada Farish. Ya, dia kena cari Farish.

Keretanya dipandu pergi ke rumah Farish. Setibanya dia disana, dia mendapati yang motor Kawasaki Ninja milik Farish tiada.

"Aduh, mana pergi pulak budak ni. Aku betul-betul perlukan someone untuk share story ni. Spoil la."

Akhirnya, dia bergerak menuju ke tasik berdekatan dengan kolejnya. Bilamana dia ada masalah, disitulah tempatnya mencari ketenangan. Tetapi sebelum ini, dia bedua yakni dengan Khai. Tapi sekarang, dia berseorangan.

"Ahhh! Pedulik apa aku dengan kawan macamtu. Tak guna."

Kata Riz sambil memegang pipi kananya. Pipinya bengkak ditumbuk Khai tadi. Mana dia nak pergi malamni? Dia dah dihalau dari rumah. Takkan dia nak balik kolej? Duduk dengan Khai? No way.

Sedang dia bersandar pada kereta mini coopernya, dia terlihat sesuatu yang dia tidak jangka. Memang dia tidak jangka. Mukanya pucat serta merta. Dia melihat seorang wanita berpakaian baju labuh dan seluar tracksuit longgar sedang berjongging di tasik tersebut. Ditampar-tampar pipinya. "Mimpi ke?" Tak mungkin. Memang tak mungkin. Ya Allah, dugaan apakah ini? Dengan kekuatan yang ada, dia mendekati wanita tersebut. Riz mengatur kata dengan sebaiknya.

"Ni..... Aireen Farzana ke?"

Muslimah itu memandangnya. Lama.

.....
*Diambil dari P.C*

“Layakkah aku?” (Part 7)

Riz baring. Penat betul harini. Pagi tadi, kena marah dengan papa. Lepastu, kena pujuk si ninja turtle tu jumpa papa. Then ..... Aireen. “Rindunya abang dekat Aireen. Aireen, tunggu abang dekat Syurga tau? Aireen kan ketua bidadari abang nanti?” kata Riz sambil memeluk erat surat yang pernah Aireen berikan kepadanya suatu ketika dahulu.

“Weh bro, lepak jum? Lapar.” ajak Khai.
“Khairul.” panggil Riz perlahan.
“Ehhh? Sejak bila panggil nama penuh aku ni? Seram weh.” kata Khai. Jarang betul si Riz ni nak panggil nama penuhnya. Entah Riz mimpi apa malamni pun, dia tidak tahu.
“Kau rasa, siapa tunang Wardah yang dia cakap dekat rumah aku tadi?” tanya Riz, jujur.
“Hah? Tunang ape ni?” soal Khai, pelik. Tunang? Tunang apanya? Tuna dia tahu la dalam tin tu. K hambar.
“Kan waktu dekat rumah aku tadi Wardah ada cakap yang dia dah..” tiba-tiba baru Riz teringat, patutlah Khai tak tahu, waktu tu Khai dengan Haura duduk dekat luar rumah. Adoi terlupa pulak.
“Cakap yang dia dah?..” tanya Khai. “Kau ni ape cakap kejap lepastu diam. Biar ayat tergantung haih aku sepak jugak kang.”
“Erm. Tadi kau ajak pergi lepak kan? Jom lah. Dekat kedai kejap lagi aku story mory dengan kau.” ajak Riz. Sebenarnya perutnya terasa lapar. Harini rasanya dia belum lagi menjamah makanan yang berat-berat. Sibuk sangat katanya.
“Nak naik kereta ke motor?” tanya Khai.
“Lama tak merempit, naik motor kau je lah eh? Please abam Khairul encem pelish?” Riz buat suara comel dengan muka ala-ala babyfacenya.
“Weh tak guna aku tak cair pun la dengan muka mak saleh kau tu. Dah cepat, aku tunggu luar.” kata Khai, mengambil kunci motor dan keluar daripada bilik mereka. Tidak lama kemudian, kedengaran bunyi enjin motor 125Zr milik Khai dihidupkan.

Kemudian, Riz keluar daripada bilik mereka dan mengunci pintu bilik. Akhirnya, dia mendapatkan Khai dan setelah itu, mereka berdua pergi meninggalkan kediaman kolej.

***

“Bro, burger ayam cheese taknak sayur satu!” laung Riz daripada meja makannya.

Cukuplah sekadar burger untuk mengenyangkan perut yang lapar. Mana dia tahu, Khai yang bawanya ke sini. Dia? Hanya mengikut sahaja.

“Kau ni memang spesis tak makan sayur ke? Cubalah makan. Tu yang tak cukup sifat kau ni. Tengok, orang lain semua mata elok je hitam, kau sorang je mata biru.” bebel Khai.
“Kau nak tahu tak? Dengan mata biru ni la semua wanita duduk menggesel dekat tapak kaki aku. Kau tu apa ada?” perli Riz kembali.
“Semua wanita? Correction. Wardah tak tunduk pun. Dia siap tampar kau lagi adelah.”

Riz terkena kembali. Malu bila difikirkan yang dia ditampar Wardah. Sudahlah ketika itu semua orang menyaksikan kejadian tersebut. Aduh malu.

“Wait. Wardah? Haa ni la yang aku nak cerita dekat kau tadi ni.” kata Riz setelah menyedari tujuan mereka datang ke sini. Dia mahu meminta pendapat Khai. Dia buntu.
“Nah bro. Burger ayam cheese taknak sayur siap.” kata Abang Burger sambil meletakkan burger Riz di atas meja mereka.
“Thanks. Kejap lagi gua bayar eh?”
“No hal.” kata Abang Burger lalu beredar.
“Okay Riz, kau boleh share apa yang kau nak share dengan aku.” kata Khai, tenang.
“Macam ni..” kata Riz sambil membuka bungkusan burgernya. “Kau ingat tak dekat rumah aku pagi tadi, kan aku masuk dalam rumah dengan Wardah kan?”
“Ya. Lepastu?” soal Khai sambil menyedut perlahan air teh o aisnya.
“Papa aku suruh kami nikah.”
Tersembur air yang tengah Khai minum. Habis mengena muka Riz. Basah.
“Woi takguna!” kata Riz sambil megelap mukanya dengan tisu.
“Nikah? Kau serius? Gila betul bapak kau.”
“Bapak siapa gila?”
“Hehehe bapok sebenarnya yang gila. Sorry. Lepastu kau terima ka?” soal Khai kembali.

Riz menggigit sedikit burgernya. Dikunyah-kunyah dan ditelan.

“Aku tak sempat nak cakap apa then Wardah cakap dia dah tunang. Dia tengah tunggu tunang dia balik Malaysia and diorang akan nikah. Macam tu la dia cakap.”

“Err Riz.... Kau jeles ke?”
Riz diam. Menghabiskan burger ayamnya. Setelah itu, dia menjilat ketiga-tiga jarinya yang terkena sos burger. Sunnah lepas makan jilat jari. Tiba-tiba..

“Kalau kau taknak bayar juga duit aku malamni, aku bakar kedai kau!” kedengaran suara seorang lelaki yang sedang disampuk amarah di belakang mereka. Riz bangun, berpaling ke belakang
.
Dia melihat, ada sekumpulan samseng lebih kurang 6 orang kesemuanya sedang mengepung Abang Burger tadi. Salah seorang daripada mereka yang lagaknya seperti ketua sedang mencengkam kolar Abang Burger sambil menjerkahnya.

“Dah banyak tempoh yang aku bagi, tapi yang aku dapat cuma alasan daripada kau. Kau nak minta berapa lama lagi masa? Sampai kiamat?” kata lelaki itu lalu menumbuk perut Abang Burger. Riz yang tidak senang melihat kejadian itu bergerak menuju ke tempat kejadian tersebut. Ketika mula-mula Riz hendak pergi, Khai menarik tangan Riz seraya berkata, “Kau gila? Diorang tu gangster kot? Nahas kau nanti.”

“Kata Nabi, tak sempurna iman kita selagi kita tak mengasihi saudara kita sepertimana kita mengasihi diri kita sendiri. Aku tak kenal dia, tapi aku tahu dia tak bersalah. Kalau kau taknak tolong, duduk sini diam-diam.” kata Riz.
Khai hilang kata. Diam. Duduk sambil melihat Riz berjalan semakin jauh meninggalkannya.

“Er bro bro sado semua, ada apa ni?” tegur Riz.
“Kau nak sakit, hadap sini. Nak selamat, pergi balik.” kata salah seorang daripada mereka.
“Dia hutang korang berapa ribu?” tanya Riz kembali.
Keenam-enam mereka ketawa terbahak-bahak. Ketua mereka melepaskan Abang Burger, lalu tumpuan mereka kini beralih kepada Riz.
“Kau budak, ada duit ke?” tanya ketua mereka.
“Berapa?”
“Dia hutang aku rm500. Sekarang campur bunga semua dah jadi rm50,000. Boleh bayar?” katanya lagi sambil gelak terbahak-bahak.
Riz mengeluarkan kad kreditnya. Dia menunjukkan kad kredit tersebut kepada mereka.
“Kalau nak bayar hutang kau tu, kad kredit kau terima ke?” perli Riz, berani.
Mereka rasa seolah-olah dihina. Diperlekehkan. Abang Burger tidak dapat menahan tawanya, lalu tawanya pecah. Telinga mereka dapat menangkap tawa daripada Abang Burger. Hati mereka menggelegak.
“Kau gelak kenapa budak?” kata salah seorang daripada mereka sambil bergerak mendekati Abang Burger.
“Weh bro, aku dah nak bayarkan ni. Tak payah la sentuh dia.”
“Aku tak terima duit kau. Aku nak dia yang bayar. Geng, kalau dia tak bayar sekarang, bunuh dia.” arah ketua mereka.
Mereka berenam mendekati Abang Burger. Salah seorang daripada mereka mengacukan pisau ke arah leher Abang Burger.
“Mana duit? Kalau kau tak bagi, aku tekan pisau ni dekat leher kau.” katanya.

“Aku.. takde du..duit laa..” kata Abang Burger dengan terketar-ketar.
“Berani kau jawab kau takde duit!” katanya lagi sambil mahu menekan pisau itu di leher Abang Burger. Riz yang tak mahu apa-apa yang buruk terjadi mula bertindak. 4 orang gangster yang cuba menghalangnya ditumbangkan dengan sekali gerak. Akhirnya, dia bergerak menuju ke arah Abang Burger yang sedang diletakkan pisau pada lehernya.

“Kau gerak satu langkah lagi, aku bunuh dia!” ugut gangster tersebut.
Tiba-tiba, tanpa Riz sedar, ada seorang lagi gangster yang berada di belakangnya. Lelaki itu menikam belakang Riz. Riz rebah. Khai yang melihat situasi itu cepat-cepat datang ke arah Riz yang terbaring. Dimaki hamun gangster yang menikam sahabatnya itu. Gangster-gangster yang ketakutan kerana telah menikam Riz ketika itu bertempiaran lari dan beredar dari situ.

Abang Burger rasa bersalah. Dia menefelon ambulans secepatnya. Khai ketika itu sedang menangis teresak-esak sambil memegang tangan sahabatnya.

“Weh Riz, kau ni jangan buat aku risau. Bangun la manusia woi!” kata Khai dengan air mata yang bercucuran jatuh.
Saat itu, hanya senyuman dengan wajah yang pucat yang mampi diberikan Riz kepada Khai. Dan tidak beberapa lama kemudian, Riz tidak sedarkan diri.

.....




                                                               *Diambil dari P.C*


"Layakkah aku?" (Part 6)

“Tak guna betul ninja ni. Aku tengah mood serius nak tanya dia, boleh dia tidur.” kata Riz setelah mendapati yang Wardah telah tidur bersama-sama Haura. Khai yang duduk bersebelahan dengannya juga telah nyenyak tidur dibuai mimpi.

“Diorang ni dah set nak tidur berjemaah ke ape? Adoi. Eh jap? Harini 20 Januari kan? Macam mana aku boleh lupa ni. Ya Allah..” kata Riz sambil membelokkan keretanya ke sebelah kiri. Dia berpatah balik menuju ke kawasan perumahan rumahnya.

Sampai sahaja pada tempat perkuburan di kawasan perumahan itu, dia meletakkan keretanya di bahu jalan.

“Nak kejut ke tak eh diorang ni?” Riz berfikir sejenak sambil membuka tali pinggang keledarnya. “Tak payahla. Cepat-cepat aku settlekan, cepat-cepat hantar diorang balik.”

Riz membuka pintu lalu terus keluar dan memasuki kawasan perkuburan tersebut. Dia terus menapak ke arah satu kubur di tengah-tengah kawasan perkuburan itu. Cara dia mencari kubur itu terlalu mudah, seperti sudah kerap kali dia melawat kubur tersebut.

Akhirnya, dia duduk di tepi kubur tersebut. Seperti biasa, pada mulanya dia membaca surah al Fatihah dan surah-surah lain beserta doa-doa kepada si mati. Dan setelah itu..

“Aireen. Masuk harini, dah genap dua tahun Aireen pergi tinggalkan abang. Cepat betul masa berlalu kan? Rasa macam semalam ja kita jumpa dekat rumah Aireen. Haha yela, kita kan mana boleh keluar? Ayah Aireen cakap, nak keluar kena nikah dulu. Kita baru ja bertunang. Hahaha.” Kata Riz dengan suara yang bergetar. Matanya berkaca, menahan air mata daripada gugur. “Aireen ingat lagi tak waktu first abang datang jumpa ayah aireen dulu? Haha abang dah macam kena interview kerja dah. Semua ayah Aireen tanya kan? Lawak betul bila teringat balik.”

Ada mutiara jernih mengalir di pipi Riz. Dia mengesat air matanya. Ya, Aireen Farzana, seorang muslimah berniqab. Seorang wanita yang pertama kali mendapatkan cintanya. Wanita pertama yang dia suka dan terus ditempahnya dengan ikatan pertunangan. Wanita yang bersama-sama dengannya menghabiskan zaman persekolahan. Wanita yang sudah berjanji dengannya akan membina maghligai cinta bersama-sama. Wanita yang baginya, adalah nyawanya. Dengan Aireen, dia kenal apa itu cinta. Ya, cinta yang sebetulnya.

Pagi tu, kereta Mini Cooper Riz memasuki halaman Aireen. Pelik Riz, jarang Aireen mahu berjumpa dengannya. Lagi-lagi awal pagi macamni. Selalunya, dialah yang beria-ia nak jumpa Aireen. Bukan senang nak jumpa Aireen ni, setiap kali nak jumpa, ayah Aireen, En. Hamid wajib ada sekali. Yalah, Aireen Farzana ni seorang muslimah yang sangat menjaga dirinya dan sebab itulah, Riz tertarik untuk menjadikan dia, pelengkap cinta.
“Assalamu’alaikum. Aireen.” laung Riz daripada luar rumah. Dia menekan loceng yang berada pada pagar di sebelah kanan rumah Aireen. Ya, keluarga Aireen boleh dikatakan keluarga yang agak mewah. Bapanya seorang usahawan kedai pemakanan sunnah. Ibunya telah berhenti daripada kerja setelah melahirkan Aireen. Kata En.Hamid, seseorang anak itu perlukan kasih sayang yang secukupnya ketika dia hendak membesar, baru mudah nak dididik. Dan bila Aireen dah besar, baru Riz nampak kesannya.

Pintu pagar dibuka. Kelihatan seorang lelaki yang berumur dalam lingkungan 50-an berjalan sambil menggunakan tongkat. Dengan senyuman yang manis, dia menjemput Riz untuk masuk.
“Awal kamu datang harini Riz? Haha kalau macamni, kena dipercepatkan lah ye pernikahan. Kalau sampai tahap rindu macamni, bahaya.” tegur En.Hamid dengan ketawa.

“Awal la pakcik. Haha saya tak kisah pun nak nikah awal, anak pakcik tu. Hehe lagipun, Aireen yang cakap nak jumpa saya. Tu saya datang ni. Pelik jugak la. Jarang betul dia yang minta saya untuk datang, tapi harini...” kata Riz, pelik.
“Haha. Adalah tu perkara penting yang dia nak cakap kot. Kejap eh pakcik panggilkan dia? Kamu duduklah dulu. Buat macam biasa hahaha.” kata En.Hamid sambil bergerak masuk menuju ke dalam rumahnya.
Riz bergerak menuju ke kolam ikan yang terletak di tepi laman rumah Aireen. Dia melihat ikan-ikan tersebut, sentiasa berenang. Bergerak. Lagi satu yang terlintas dalam kepala Riz, ikan-ikan ini semuanya sedang bertasbih memuji Tuhannya, tetapi dia? Ya Allah. Masih leka dengan dunia. Timbul sedikit keinsafan dalam hatinya setelah melihat makhluk ciptaanNya itu. Rasa kecil dirinya nak dibandingkan dengan haiwan yang tidak berakal itu.

“Abang?...” panggil Aireen. Suara itu tenang seperti biasa.
Riz menoleh. Dia melihat bakal isterinya itu. Dengan mengenakan baju labuh bewarna kuning dan niqab yang dipakai, bakal isterinya itu tampak sungguh jelita di matanya. Dia tersenyum melihat Aireen.

“Aik? Siap cantik-cantik ni nak pergi mana?” soal Riz, pelik.
“Emm Aireen nak ajak abang keluar kejap, boleh?” kata Aireen, perlahan.
“Eh? Betul ke ni? Ayah bagi ke? Ke ayah ikut sekali?”
“Aireen dah minta kebenaran abi. Abi benarkan. Tetapi jangan lewat sangat. Jom?”
“Betul ke? Woaa. Bestnya. Btw nak pergi mana?”
“Kita masuk kereta dululah eh? Kejap lagi Aireen bagitahu.”
Perbualan mereka terhenti setakat itu. Riz berjalan diiringi dengan Aireen, menuju ke kereta milik Riz. Tidak lupa sebelum itu, Riz menyalam tangan tua En.Hamid.

“Jaga anak pakcik elok-elok. Kamu macam-macam, siaplah. Pakcik gigit kamu nanti.” pesan En.Hamid.
“Hahaha yelah pakcik. Saya jaga bakal isteri saya ni elok-elok.” kata Riz gembira. Mana tidaknya, ini baru kali pertama En.Hamid benarkan mereka keluar. Sebelum ni mana pernah. Selalunya duduk bersembang dekat laman rumahnya saja. Mendengarkan suara Riz yang riang itu, En.Hamid jadi sebak tiba-tiba. Mungkin ini kali terakhir En. Hamid akan melihat Riz tersenyum. Mungkinlah.

“Kami pergi dulu ye pakcik?” kata Riz dari dalam kereta. Setelah menerima anggukan daripada En.Hamid, pedal minyak ditekan. Kereta meluncur laju meninggalkan halaman rumah Aireen.

“Kita pergi laut, boleh abang?” persoalan daripada Aireen itu memecahkan kesunyian. Riz mengangguk tanda setuju sambil tersenyum ke arah Aireen.
Riz pelik. Kenapa kali ini, Aireen lebih banyak berdiam daripada bercakap. Ketika dalam perjalanan, hanya kesunyian yang menemani mereka. Sehinggalah tiba ke destinasi, Aireen masih membisu. Pandangannya dilemparkan ke arah luar tingkap. Langsung tidak ada reaksi yang dia mahu bercakap dengan Riz. Marah? Tapi apa salah Riz?
“Aireen, kita dah sampai.” kata Riz sambil mematikan enjin. Dia keluar daripada kereta, berjalan menuju ke pintu sebelah untuk dibuka bagi memudahkan Aireen keluar.

“Silakan keluar, my princess.”

Aireen keluar tanpa bercakap walaupun sepatah. Hanya ucapan terima kasih yang diucapkan setelah dia keluar daripada kereta mewah milik Riz tersebut.

“Kita duduk dekat tepi pantai tu, boleh abang?” soal Aireen tiba-tiba.
“As you wish dear.”

Mereka berjalan menuju ke tepi pantai tersebut. Sekarang ni masih pagi, belum ramai yang datang di pantai tersebut. Sampai sahaja di tepi pantai, Riz mempersilakan Aireen untuk duduk. Setelah Aireen duduk, Riz mengambil tempat bersebelahan dengan Aireen. Jarak mereka tidaklah terlalu dekat kerana masih punya ruang untuk dua orang duduk diantara mereka.

Belum sempat Riz membuka kata, Aireen terlebih dahulu memulakan bicara. Sambil pandangannya dilemparkan ke arah laut, dia berkata.
“Abang, Aireen rasa kita ni takda jodoh kot.”

Tersentak Riz. Dia cepat-cepat mengalihkan padangan ke arah Aireen, meminta penjelasan. Matanya dikecilkan, tanda yang dia kurang faham.
“Apa Aireen cakap tadi?” soal Riz. Dia mahu tahu, adakah telinganya tersilap menangkap apa yang baru sahaja Aireen katakan tadi.
Aireen diam. Susah sebenarnya dia mahu menuturkan ayat itu. Dari semalam lagi dia memikirkan soal ini dan berkali-kali jugalah air matanya tumpah. Tetapi, ini sahaja jalan yang terbaik yang dia rasa untuk mereka berdua.

“Aireen cakap, Aireen dah taknak dengan abang.”
Setelah mendengar ayat tersebut, Riz diam. Dia baring diatas pantai itu juga. Matanya dihalakan ke arah langit, mencari kekuatan.

Lama kemudian, dia bangun. Aireen perasan yang ada mutiara jernih mengalir pada pipi Riz. Aireen yang dari tadi cuba menahan air matanya, akhirnya pecah juga setelah melihat Riz yang selama ini dia kenal, seorang yang ceria dan periang menitiskan air mata. Basah niqab yang dipakai Aireen dek air matanya.

“Kenapa?” terkeluar juga soalan itu dari mulut Riz. Aireen tunduk, mengira butir pasir.

“Aireen dah ada orang lain. Maafkan Aireen, abang.”  Sekali lagi, air matanya bercucuran jatuh. Peritnya rasa apabila terpaksa mengungkapkan penipuan itu. Namun, dia kena kuat. Dia perlu kuat. Itu untuk kebaikan dia dan Riz.

“Siapa orang itu? Bagitahu abang, boleh?” soal Riz mulai redha dengan apa yang berlaku.

“Abang tak kenal. Dah la. Itu je Aireen nak bagitahu. Aireen minta maaf abang. Aireen rasa, sampai sini sahaja pertunangan kita.” kata Aireen, lalu dia bangun kira-kira untuk beredar.

Riz lebih pantas. Dia menghalang laluan Aireen. Dengan air mata Riz yang bercucuran jatuh, dia melihat mata Aireen. Dalam. Daripada wajah yang separuh tertutup itu, dia dapat tahu yang Aireen tengah bersedih sekarang. Dari mata Aireen, dia dapat lihat yang muslimah itu tidak gembira dengan apa yang dia cakapkan tadi.

“Abang. Tolonglah... Aireen nak balik. Kalau abang taknak hantar, Aireen balik naik teksi.” kata Aireen.

“Yelah. Mari, abang hantarkan.” kata Riz lalu bergerak menuju ke tempat parkir keretanya. Setelah Aireen dah masuk, Riz menghidupkan enjin. Setelah enjin dihidupkan, Riz sekali lagi memandang Aireen daripada sisi. Lama. Aireen tiba-tiba rasa tak selesa. Dia tidak suka dirinya ditenung dah ditatap ajnabi. Walaupun Riz itu tunangannya, mereka masih dikira ajnabi.
“Abang, Aireen nak balik.”

Melihatkan Aireen tidak selesa dengan perlakuannya tadi, Riz meminta maaf. Dia tidak boleh mengikutkan emosi. Pedal minyak ditekan perlahan. Akhirnya, kereta Mini Coopernya bergerak perlahan meninggalkan tempat yang telah menjadi saksi terputusnya ikatan antara mereka berdua.
Perjalanan mereka sunyi. Keadaan tegang seperti mula-mula waktu mereka datang tadi. Yang membezakannya adalah air mata. Riz datang dengan harapan, dia pulang membawa kehancuran. Walau bagaimanapun, dia redha. Mana boleh merajuk dengan kerja Allah, tak baik. Kita hamba, tak tahu apa yang Dia tahu. Diam, dan cuba senyum.

Dua minggu selepas kejadian itu, Riz dapat berita melalui Whatsapp daripada Aina, sahabat baik Aireen yang Aireen telah dijemput Penciptanya akibat pendarahan yang teruk didalam otak. Riz seolah-olah tidak percaya yang bekas tunangnya yang selama ini agak ceria dihadapannya, menderita disebabkan penyakit yang tersangatlah bahaya.

Riz mengambil kunci kereta. Dia bergerak laju menuju ke rumah Aireen. Ketika dia tiba di perkarangan rumah Aireen, dia dapati banyak kereta dan ramai orang yang berada disitu. Riz cepat-cepat memarkirkan keretanya dan bergerak pantas menuju ke dalam rumah Aireen.

Tanpa pedulikan orang lain, Riz terus masuk ke kawasan ruang tamu rumah Aireen. Ketika itu, hancur luluh hatinya melihatkan sekujur tubuh yang terbaring kaku ditutupi dengan kain. Riz menangis semahunya.
“Ya Allah.....”

Riz terduduk. Lemah lututnya. Dia sudah tidak dapat merasa kakinya, seolah-olah telah tiada. En.Hamid yang ketika itu sedar akan kehadiran Riz, menepuk-nepuk bahu Riz untuk menenangkannya.

“Sabarlah Riz. Pakcik tahu kamu sayangkan dia. Tetapi kamu juga perlu tahu, yang Allah lebih mencintaninya.” kata En.Hamid, cuba memujuk hati yang tengah hancur.

Riz diam. Waktu itu, hanya air mata yang berbicara. Dia mengambil surah Yaasin yang disediakan di situ, membacakan surah tersebut. Berkali-kali dia mengulangi surah tersebut tanpa jemu. Dan akhirnya, dia berhenti membaca setelah jenazah hendak dimandikan. Riz tunggu di luar bersama-sama jemaah lelaki yang lain.

“Pakcik, bila jenazah nak dikebumikan?” tanya Riz, perlahan.
“Wallahua’lam. Secepat yang mungkin. InsyaAllah.”
Setelah siap dimandikan, mereka semua bersiap sedia untuk memulakan solat jenazah. Mereka solat jenazah di masjid yang berdekatan dengan taman perumahan Aireen. Ketika hendak memulakan solat...
“Pak Imam, boleh saya imamkan solat ini?” tanya Riz.
“Tafadhol.” kata pak Imam.

Setelah selesai solat jenazah, maka tibalah masa untuk mengebumikan jenazah. Riz merupakan salah sorang daripada keluarga Aireen yang menaiki van jenazah sekali. Riz jugalah yang mengangkat jenazah masuk dan keluar daripada van tersebut. Akhirnya, setelah tiba di kawasan perkuburan, sekali lagi Riz mengangkat keranda yang didalamnya ada jasad kekasih hatinya, ke kubur yang telah siap dikorek.
Riz sudah kira-kira untuk masuk ke dalam kubur tersebut untuk menyambut jenazah yang ingin dikebumikan di dalam kubur tersebut tetapi di halang oleh En.Hamid.

“Riz, yang ni biarlah pakcik buat. Boleh kan?”
Riz akur. Dia sememangnya tiada hak langsung untuk membuat kerja-kerja tersebut kerana dia bukanlah daripada kalangan keluarga tersebut.
Setelah selesai kerja-kerja pengebumian dan habis bacaan talkin, semua jemaah telah beredar. Yang tinggal disitu hanya Riz dan keluarga Aireen yang terdekat termasuk sahabat baik Aireen, Aina. Melihatkan Riz yang masih tidak mahu berganjak daripada kubur tersebut, En.Hamid mendekatinya.

“Riz, mari balik? Dah lewat ni?”
“Pakcik baliklah dulu. Saya nak teman Aireen kejap. Mesti dia sunyi dekat bawah tu.”

Menitis air mata En.Hamid mendengarkan kata-kata yang kedengaran terlalu jujur daripada Riz itu. En.Hamid akur, dia beredar pulang bersama-sama isterinya. Setelah itu, Aina pula mendekati Riz.
“Weh Riz, jum pergi mana-mana kejap? Aku ada amanah daripada arwah untu kau ni.” kata Aina. Dia tidak selesa selagi tidak menunaikan amanah yang diberikan kepadanya. Lagi-lagi amanah ini daripada sahabat bainya, Aireen.

Riz bangun. Tanpa banyak kata, bergerak menuju keluar daripada kawasan perkuburan tersebut.
“Naik kereta kau eh? Kereta aku ada dekat rumah Aireen.” kata Riz.
“No hal. Jom.”
Akhirnya, mereka beredar daripada tanah perkuburan tersebut. Berat hati Riz untuk meninggalkan Aireen sorang-sorang sebenarnya, tetapi disebabkan Aina yang mengatakan ada amanah yang perlu dia sampaikan daripada arwah, Riz akur.

***

Riz dan Aina tiba di sebuah restoran yang tidak jauh daripada kediaman Aireen. Masing-masing diam. Bisu.

“Okay. Macamni..” Riz menanti dengan penuh debaran. “Sebelum arwah meninggal, arwah ada bagitahu aku untuk bagi surat ni dekat kau. Katanya, aku kena sampaikan surat ni pada hari yang sama dia tiada.” kata Aina sambil menghulurkan sepucuk surat kepada Riz.
Riz membuka surat tersebut disitu juga. Dia melihat dan mula membaca. Tiba-tiba, tangisnya pecah kembali.




“Kehadapan cinta sejati, pemilik hatiku ini.

Waktu abang baca surat ni, waktu ni Aireen dah pergi menghadap Ilahi. Aireen minta maaf sangat-sangat sebab dah lukakan hati abang. Aireen nak abang tahu, yang dalam hati ini, memang terukir indah nama abang. Hanya abang. Tapi, siapa jangka? Takdir Tuhan itu penentu segala. Aireen dah tahu hari ni bakal tiba. Apa yang Aireen mampu buat? Redha. Abang kuat tau?
Abang. Abang ingat lagi janji abang haritu? Abang cakap yang abang akan ada , sentiasa ada disisi Aireen sampai akhir hayat Aireen kan? Ya. Abang dah tunaikan janji abang tu. Aireen tahu, yang abang akan datang dan tengok Aireen untuk kali yang terakhir.

Maaf abang, Aireen tak dapat tunaikan janji Aireen. Aireen pernah janji yang Aireen akan jadi pelengkap cinta abang kepada Dia kan? Ya. Maaf sebab Aireen terpaksa mungkir.

Aireen rasa, itu sahaja kot yang Aireen nak cakap. Maafkan dan halalkan segala-galanya untuk Aireen?

Abang janji dengan Aireen satu lagi boleh? Abang kuat, tau? Thanks.
Jaga diri. Semoga abang jumpa wanita yang lebih baik daripada Aireen. Aireen mampu teman abang sampai sini sahaja.


Salam cinta, daripada pemilik cinta Rizqi, Aireen Farzana.”



Aireen..

Tersedar daripada lamunan, air mata membasahi pipi. Setiap kali teringatkan kenangannya bersama Aireen, tiada apa yang akan timbul melainkan rindu dan air mata.

Riz bangun, hendak beredar daripada kubur Aireen tersebut.
“Nur Aireen Farzana binti Hamid?” tiba-tiba kedengaran suara Wardah dari belakangnya.
Terkejut beruk si Riz ni. Diurut lembut dadanya bagi menghilangkan debaran.
“Kau ni memang spesis yang dilahirkan tak tahu bagi salam ke?” perli Riz lalu beredar menuju ke arah kereta mereka.
“Macam mana pula dia ni boleh jaga ni? Tadi bukan dia tidur ke? Adoi. Dia nampak ka aku menangis tadi? Dia dengar ka apa yang aku cakap tadi? Pergh malu.”

Enjin kereta dihidupkan. Melihatkan Wardah yang berjalan dengan perlahan, Riz berkata daripada dalam kereta.

“Weh nina turtle, kau lambat aku tinggal!” laung Riz.

Berlari-lari anak Wardah menuju ke kereta Riz, takut ditinggalkan. Bukan boleh kira mat saleh ni. Setelah masuk ke dalam kereta Riz, Wardah bertanya;


“Weh, kenapa kau nangis tadi? Siapa sebenarnya Aireen tu? Boleh aku tahu?”

....                                                                                                                          
         



                                                   *Diambil dari P.C*