Macam mana nak ngorat perempuan yang kita suka? Bagi akulah waktu aku nak ngorat sorang perempuan ni bukanlah senang sebab perempuan ni hati macam batu tapi tak adalah batu sangat. Dalam empat tahun aku baru dapat sorang perempuan ni. Okay sekarang untuk bagitahu cara-caranya bukan aku cerita pasal kisah aku nak ngorat budak perempuan ni. Haha. Dan aku bagi tips ni untuk lelaki yang belum lagi ada aweklah kalau dah ada tu nak tahu juga bacalah tapi jangan jadi Playboy nanti kau yang kena balik tu pun kalau tak serik lagilah. Haha. Okay! Jom ke step yang pertama...
1 - Berkenalan Dengan Si Dia
Cara ni memerlukan semangat dan keberanian korang kalau tak ada keberanian korang memang gagap dekat situlah tak pun sampai malam. Haha. Kalau nak kenal dengan si dia tu bagilah salam dulu tak pun aca-aca terlanggar dia sampai buku jatuh ke apa jangan anak orang jatuh sudahlah kang masuk wad kang. Haha. Lepas tu korang tanyalah nama siapa, ambil course apa, kenal-kenal sikit tanya soalan janganlah banyak nanti dia ingat kau nak menggatal tak pun dia meluat nak layan kau nanti. Tak apa kalau si dia meluat nanti lama-lama rindulah dengan korang nanti. Kes ni memang dah banyak jumpa sebab member aku pernah buat.
2 - Bagi Surat atau Nota Secara Misteri
Yang ni paling aku suka sebab aku pernah buat. First korang buat memanglah tengok macam benci, tak suka, dahi berkerut seribu. Mana tak berkerut buat pertama kali dalam surat cinta tak surat cinta nota cinta. Haha. aku ingatkan buat korang kalau buat permulaan bagi ayat jiwang yang simple je. Kalau terlebih jiwang nanti dia rasa takut pulak ingat korang gila kang. Habislah... Korang cuba buat macam ni selama sebulan atau 2 bulan dan dah sampai bulan yang terakhir cuba tengok dia tunggu ke tak surat cinta atau nota cinta dari korang. Kalau ada reaksi tunggu peluanglah...
3 - Jadi Joker ( Buat Lawak )
Girl ni suka lelaki yang pandai ambil hati dia, kelakar. Kita kena pandai fikir nak buat lawak apa yang boleh buat dia ketawa rasa gembira bila kita buat lawak dengan dia. Okay? Kalau tak reti banyak lagi tips ni
4 - Lelaki Budiman ( Gentleman )
Perempuan sangat suka kepada lelaki bersifat gentleman. Kalau awek terjatuh buku dia, tolong lah kutip. Janganlah buat dek je memang tak masuk dalam list kesukaan perempuan tula. Kalau awek tu yang terjatuh, janganlah gelakkan dia (walaupun dalam hati ketawa) sebaliknya pergi lah tolong apa yang patut. Tunjukkan yang kita care. Sifat-sifat begini boleh memikat hati perempuan..
5 - Jadi Diri Sendiri
ni yang paling penting sebenarnya. Jangan cuba berlagak alim, baik, ataupun berpengetahuan sedangkan diri kita sebaliknya. Nanti orang ingat kita poyopulak. Mana-mana kelemahan, kita perlu perbaiki. Tak guna kita berpura-pura hanya untuk memenangi hati perempuan kerana lambat laut tembelang kita akan diketahui juga. Kalau setakat nak buat hit and run punya relationship mungkin boleh..tapi jika inginkan yang berpanjangan, jadilah diri sendiri. Itulah sebenarnya yang membezakan anda dan orang lain..
CUBA PRAKTIS OKAY? YOU CAN DO IT! HAHA *macam nk maraton pula*
No comments:
Post a Comment